Sticky Album

Untuk bakal-bakal client, saya lampirkan contoh Sticky Album atau  Album Lekat/tampal yang telah dihasilkan sebagai rujukan & panduan untuk anda semua.Sticky Album ialah sebuah album gambar yang menggunakan kertas hitam tebal & mempunyai pelekatnya sendiri untuk pelanggan menampal gambar-gambar 4R, 6R, 8R mahupun 10R mengikut citarasa & keinginan anda sendiri.

Sticky Album yang kami hasilkan ini lain daripada yang lain kerana muka depan & belakangnya tercetak gambar pelanggan itu sendiri. Ianya juga dipanggil sebagai MockUp Sticky Album. Sticky Album yang kami hasilkan juga begitu besar saiznya iaitu 15″ x 10″ dengan 40 mukasurat yang boleh memuatkan dalam 120-180 keping gambar bersaiz 4R. Anda juga akan berpuashati dengan kualiti album yang kami hasilkan ini.

Sungguh bertuah pelanggan ErieAdn Picture Photography yang memilih PAKEJ-1, PAKEJ-2 & PAKEJ-3 kerana akan dapat menikmati sebuah Sticky  Album yang sangat eksklusif & menarik. Saya percaya anda akan teruja & bangga apabila melihat saat-saat indah hari bahagia anda yang dirakam akan diabadi & dipotretkan dalam sebuah album sebegini.

 

 

Hargai hari-hari bahagia dalam hidup anda & mohonlah daripada kami untuk merakam saat-saat itu untuk kekalkannya didalam sebuah foto album yang unik ini yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat.