Frame

Untuk bakal-bakal client, saya lampirkan contoh Frame & Bingkai gambar yang telah dihasilkan sebagai rujukan & panduan untuk anda semua. Frame / Bingkai yang kami pilih untuk anda semua adalah diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi & keras. Ketumpatannya juga adalah padu (solid) untuk menjamin kekukuhannya.

Frame / Bingkai ini sangat eksklusif & menarik yang didatangkan dengan saiz gambar berukuran 12R & 8R untuk bakal-bakal client PAKEJ-1  & saiz gambar yang berukuran 8R bagi mereka yang memilih PAKEJ-2. Bagi yang memilih PAKEJ-3 & PAKEJ-4, hanyalah gambar berukuran 8R sahaja akan disertakan tanpa frame / bingkai & pelanggan bolehlah menempahnya juga jika berminat dengan sedikit tambahan bayaran akan dikenakan.

Saya percaya anda cukup teruja & bangga apabila melihat saat-saat indah hari bahagia anda yang dirakam akan diabadi & dipotretkan dalam sebuah bingkai album / frame  sebegini untuk anda letakkan di kamar sebagai kenangan terindah hidup anda berdua ataupun ianya juga boleh dipamerkan diruang tamu rumah untuk tatapan keluarga & rakan yang berkunjung.

 

 

Hargai hari-hari bahagia dalam hidup anda & mohonlah daripada kami untuk merakam saat-saat itu untuk kekalkannya didalam sebuah bingkai album / frame yang unik ini yang boleh anda & keluarga tatap sehingga ke akhir hayat.